Monday 27 January 2014

BLOG RASMI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU SESI 2014/2015

Assalamualaikum. Alhamdullilah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah Kurnia-Nya satu Pilihan Raya Kampus bagi sesi 2014/ 2015 telah diadakan pada 22 Januari 2014 untuk pemilihan Ahli Mesyuarat Tertinggi (AMT) dan Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Bahasa Melayu. 

Seramai 36 calon bertanding untuk merebut jawatan ini. 27 jawatan dipertandingkan iaitu 7 jawatan Ahli Mesyuarat Tertinggi dan 20 jawatan Ahli Majlis Mesyuarat. Pada 23 Januari 2014 satu perhimpunan telah diadakan untuk mengumumkan keputusan Pilihan Raya Kampus.

Mesyuarat untuk pemilihan AMT dan AMM telah diadakan pada 24 Januari 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Rais Yatim, IPG Kampus Bahasa Melayu.



No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By Noor Zaironna Jaihan ♥ All Rights Reserved © 26 Jan 2014